Ahad, 28 Jun 2009

BAHAGIAN 1 : Panduan Menjawab Rumusan (Pendahuluan)

Pendahuluan

Mesti dimulakan dengan ayat ;
Petikan membincangkan...

Kesalahan Yang Dilakukan Pelajar:
Petikan di atas/ di beri/ membincangkan
Petikan membincangkan tentang

Bahagian ini mewakili markah ;
Pendahuluan : 2 markah
Bahasa : 1 markah

Sebagai contohnya :

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha- usaha yang dijalankan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkataan usaha-usaha itu perlu ditukarkan dengan perkataan yang sinonim/ sama makna,
sebagai contohnya;
langkah-langkah
tindakan
cara-cara

Formulanya :

Pendahuluan = Kata sinonim + ayat topik

::: Petikan membincangkan langkah-langkah yang dijalankan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia. (Perenggan 1)

Kesalahan Pelajar :
Petikan membincangkan langkah-langkah yang dijalankan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia dan kesan-kesannya.
kesan-kesannya. tidak perlu kerana tidak dibincangkan di dalam petikan.


JAWAB SOALAN INI UNTUK LATIHAN PENGUKUHAN :
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri pembentukan identiti negara-negara ASEAN dan masalah-masalahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


Selamat mencuba,
Saya akan sambung perbincangan di bahagian berikutnya.

3 ulasan:

  1. Bahagian 2 : Isi Tersurat
    Bahagian 3 : Isi Tersirat
    Bahagian 4 : Penutup

    BalasPadam
  2. contoh jawapan.. Petikan membincangkan tentang kebaikan - kebaikan bersenam. betul ke salah ada tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya selepas perkataan 'membincangkan', tidak pwrlu menambah perkataan 'tentang'. Terus menggunakan ayat seperti .. 'membincangkan kebaikan-kebaikan bersenam'

      Padam